Sunday, 25 September 2011

Penatnya............

Bapak tol hari ni punyala penat giler...mana tak nya pagi bangun awal pergi Dewan PBSM Bintulu untuk Kejohanan Badminton UPMKB...Partner aku Abang Anuar yang telah 7 tahun di bumi Sarawak ini dan sekarang menjalankan program 'master' beliau di sini.Apa yang aku tak boleh tahan di sini ialah aku dan Abang Anuar baru digandingkan hari itu juga! Game yang pertama kami kalah tipis...'Rubber set'..Sempot......Game kedua kami kalah teruk sebab lawan dengan staff..Bapak tol regu tu memang pandai giler main,pandai cari ruang kosong untuk dapat 'point' mudah..Game yang ketiga adalah game yang paling sempoi..Bukan apa,lawan kami kuat-kuat orangnya tetapi kami menang 'straight set'...Hehehe..bangga la tu..Aku dan Abang Anuar main 'fancy' je game tu...Kami boleh gelak ketawa walaupun terlepas 'point'..Memang bez la masa tu...Dengan berkat Tuhan kami berjaya melangkah ke peringkat suku akhir..Lawan kami ialah wakil UPMKB yang digelar 'Tangan Emas' di sini..Memang tak ada peluang la untuk menang walaupun regu sebelah nampak kepenatan masa tu..Tapi apa yang kami boleh buat adalah bertahan je..Masing-masing dah penat...Secara keseluruhan, kami kecundang di peringkat suku akhir kepada 'top-seeded' kejohanan tersebut...Petang tu balik rehat dan tidur...Memang sedap sungguh la...Bangun lewat petang pastu kawan-kawan ajak main futsal rasmi bola baru...Nafsu main tinggi sangat terus tak endahkan kepenatan sebelum tu..Main futsal nak dekat 2 jam memang sempot la..Pastu lawan team-team yang hebat-hebat belaka...Sekarang ni badan dah lenguh-lenguh dan tengah rehat kat bilik ni..Secara keseluruhan, anggota badan aku dah nak kejang-kejang jadinya sekarang ni..Hari ni aku belajar yang kalah menang bukan segalanya..Apa yang penting adalah saat-saat indah dan manis yang dikecapi semasa main tadi..Walaupun kalah tetapi aku dapat belajar banyak benda baru dan menimba pengalaman baru dari semua aktiviti yang aku jalani hari ni....Bapak tol ayat tak boleh blah la...Hahahaha

0 comments:

Post a Comment