![]() |
I hope we can be like this soon...hrm |
Sunday, 4 December 2011
Gambate ney !!
Bapak tol..!! sekarang ni tengah berusaha usha sorg awek ni yg aq btol2 la suka...harap2 dya blas cinta aq ni...semoga usaha aq ni nanti akan menampak kejayaan nya klak....gambate dex..!!
Friday, 7 October 2011
Exam week
Bapak tol.....Minggu peperiksaan dah pun bermula tapi baca pun tak lagi..macam mana nak jadi cemerlang ni??Subject killer math dan kimia...Adussss!! CGPA nak target 3.0 ke atas sem ni...Serabot la... Apa nak jadi la dengan aku ni,kena berubah ni.....
Jom kite study...JOM STUDY!!
Jom kite study...JOM STUDY!!
Sunday, 25 September 2011
Penatnya............
Bapak tol hari ni punyala penat giler...mana tak nya pagi bangun awal pergi Dewan PBSM Bintulu untuk Kejohanan Badminton UPMKB...Partner aku Abang Anuar yang telah 7 tahun di bumi Sarawak ini dan sekarang menjalankan program 'master' beliau di sini.Apa yang aku tak boleh tahan di sini ialah aku dan Abang Anuar baru digandingkan hari itu juga! Game yang pertama kami kalah tipis...'Rubber set'..Sempot......Game kedua kami kalah teruk sebab lawan dengan staff..Bapak tol regu tu memang pandai giler main,pandai cari ruang kosong untuk dapat 'point' mudah..Game yang ketiga adalah game yang paling sempoi..Bukan apa,lawan kami kuat-kuat orangnya tetapi kami menang 'straight set'...Hehehe..bangga la tu..Aku dan Abang Anuar main 'fancy' je game tu...Kami boleh gelak ketawa walaupun terlepas 'point'..Memang bez la masa tu...Dengan berkat Tuhan kami berjaya melangkah ke peringkat suku akhir..Lawan kami ialah wakil UPMKB yang digelar 'Tangan Emas' di sini..Memang tak ada peluang la untuk menang walaupun regu sebelah nampak kepenatan masa tu..Tapi apa yang kami boleh buat adalah bertahan je..Masing-masing dah penat...Secara keseluruhan, kami kecundang di peringkat suku akhir kepada 'top-seeded' kejohanan tersebut...Petang tu balik rehat dan tidur...Memang sedap sungguh la...Bangun lewat petang pastu kawan-kawan ajak main futsal rasmi bola baru...Nafsu main tinggi sangat terus tak endahkan kepenatan sebelum tu..Main futsal nak dekat 2 jam memang sempot la..Pastu lawan team-team yang hebat-hebat belaka...Sekarang ni badan dah lenguh-lenguh dan tengah rehat kat bilik ni..Secara keseluruhan, anggota badan aku dah nak kejang-kejang jadinya sekarang ni..Hari ni aku belajar yang kalah menang bukan segalanya..Apa yang penting adalah saat-saat indah dan manis yang dikecapi semasa main tadi..Walaupun kalah tetapi aku dapat belajar banyak benda baru dan menimba pengalaman baru dari semua aktiviti yang aku jalani hari ni....Bapak tol ayat tak boleh blah la...Hahahaha
Tuesday, 20 September 2011
Blog blog...
Bapak tol!! Malam ni kena hantar blog yang pertama kali aku ciptakan plak...Tak tau plak berapa markah yang aku akan dapat nanti...Blog kawan-kawan aku punya la bez-bez..Ada yang letak lagu,ada banyak gambar-gambar plak tu...Tapi masa pembentangan blog aku tu tadi, En.Awang komen blog aku ni antara yang terbaik setakat ni..hehehehehe..ada harapan nak dapat markah tinggi la untuk subjek ICT ni nanti.. Yes!!! Di harap kawan-kawan aku juga akan dapat markah yang tinggi untuk blog-blog dorang nanti...
Chiow......
Chiow......
Monday, 19 September 2011
19/9/2011
Bapak tol!!
Pagi tadi kelas punyala ngantuk...
Pastu balik tengok movie Source Code...Citer dia bez tapi boleh plak aku tertidur masa citer tu dah nak dekat kemuncak dah...
Tengah aku sedap-sedap tidur tu rasa panas la plak..tengok-tengok kipas tak gerak, kacau daun tol la...
Pastu lepak dengan kawan-kawan sambil tunggu elektrik tu datang balik..Pukul 3.30 tak ada elektrik datang balik pada pukul 5.00
ADOIYAI !!
Petang tu pergi jogging dengan kawan-kawan tengok betapa besar dan indahnya Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ni ..
Seronok....
Sunday, 18 September 2011
Jiwa Yang Tenang........
Bapak tol....rsa seronok la hari ni...Bangun semasa matahari dah nak dekat di pertengahan bumi je..Hari ni aku sarapan dan makan tengah hari pada masa yang sama dengan hanya menjamah sebungkus mi segera!! Biasakan diri...Inilah kehidupan di universiti ok....Petang tu keluar bandar pergi beli bukan satu tapi dua pasang kasut dengan bajet hanya di bawah RM30 sahaja!!
Mana korang nak cari barangan yang sebegini kalau bukan di Bintulu, Sarawak ?? Lagi tu rsa lega la sangat sebab pameran semalam berjalan dengan lancar walaupun sebelum tu jadi kalut dan serabut gak la..Dengan berkat Tuhan akhirnya berjaya juga aku harung cabaran pameran semalam tu...lagi berita baik....Kelas yang dijadualkan pada esok pagi telah pun ditunda..hahahahah...Tidur lambat la aku jadinya...Seronok!!
![]() |
Yang ni RM20 |
![]() |
Yang ni RM10 |
Mana korang nak cari barangan yang sebegini kalau bukan di Bintulu, Sarawak ?? Lagi tu rsa lega la sangat sebab pameran semalam berjalan dengan lancar walaupun sebelum tu jadi kalut dan serabut gak la..Dengan berkat Tuhan akhirnya berjaya juga aku harung cabaran pameran semalam tu...lagi berita baik....Kelas yang dijadualkan pada esok pagi telah pun ditunda..hahahahah...Tidur lambat la aku jadinya...Seronok!!
Friday, 16 September 2011
Super Busy 2!!
Bapak tol penat main futsal..Bayangkan 2 jam main tanpa henti,penat betul...Pastu esok lagi la busy..Pagi kena bangun awal untuk Larian 1Malaysia yang sepanjang 12km....Habis pukul 9 sambung indoor games.Dahla nama aku tetiba masuk acara galah panjang yang aku tak tahu main langsung...Lepas tu pulak kena pergi buat pameran berkenaan kaum Iban..Aku keliru gak sekarang ni sebab petang tu gak ada ceramah motivasi diri yang wajib dihadiri tetapi masa tu pulak berlangsung nya pameran tu...Adoiyai malam plak kena pegi Dewan Seri Kenyalang untuk penutupan program Temasya Merdeka Raya 1Malaysia...Serabot la..Lagi Ahad plak ada kelas pagi sampai petang...Aduss!! Sengsara nya kalau berterusan macam ni...Final exam dah nak dekat ni....!!
Subscribe to:
Posts (Atom)